Monday 29 August 2011

Konspirasi Shafee-JPM dalam kes Anwar Ibrahim

Salam kawan kawan.

Dalam musim bermaaf-maafan ini, saya nak ceritakan konspirasi peguam Umno tersohor, Shafee Abdullah, dengan penasihat media Jabatan Perdana Menteri, Jalil Hamid, dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Walaupun falsampah politik saya tak selari dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai wartawan Malaysia muak dengan konspirasi konspirasi untuk menggunakan media untuk menjatuhkan ahli politik.

Sudah lama dah. Dari zaman Utusan Melayu di ambil alih 1961 sampai sekarang. 50 tahun. Cukuplah Umno dan Umno Baru. Sedarlah sikit.

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Shafee Abdullah dan Jalil Hamid, yang baru ini kena kutuk pasal pelannya  memburukkan Bersih 2.0, telah berjumpa pengarang kanan media tempatan untuk cara-cara meliputi kes liwat Anwar Ibrahim.

Mereka mengutuk pendakwaraya yang tidak membantah ucapan politik Anwar Ibrahim pada permulaan pembelaannya dalam kes liwat aduan Saiful Bukhari Azlan. Yalah, Anwar Ibrahim berucap mengutuk kerajaan dan apa  yang dia panggil konspirasi terhadapnya.

Pendakwaraya diam sahaja. Tidak membantah dan membenarkan dia bercakap.

Shafee Abdullah tidak tahan lagi. Walaupun dia tidak ada hak atau kepentingan dalam kes ini kecuali untuk anak guamnya Umno, dia terus memanggil pengarang-pengarang kanan untuk satu mesyuarat.

Dan sebelahnya, penasihat media Perdana Menteri, Jalil  Hamid. Dulu orang Bernama, lepas tu Reuters, lepas tu Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang bertempat di National Communications Team di Mid Valley. Ini semua maklumat yang dari sumber-sumber sahih seperti A. Kadir Jasin, yang dulu penasihat Dr Mahathir Mohamad.

Kira Goebbels Senior dan Goebbels Junior lah.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Le Meridien Hotel, Shafee memberitahu dan mengarahkan pengarang-pengarang kanan media tempatan cara-cara dan isu-isu yang patut di utarakan dalam media masing-masing. Yalah, cara nak mencerca dan mengutuk Anwar Ibrahim.

Antara yang dalam mesyuarat itu adalah si penemuramah Raja Petra Kamarudin dari TV3. Yang bergelar Datuk. Yang sekarang ini terjebak dalah kes gangguan seksual. Ini kuasa Allah. You burukkan orang, you kena nanti.

Tapi saya nak tanya. Apa kuasa Shafee Abdullah dalam kes ini. Apa peranan Jalil Hamid dalam kes ini. Mengapa mereka ada kuasa memanggil pengarang-pengarang kanan dan memberitahu mereka apa yang patut di buat dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Adakah duit rakyat digunakan dalam konspirasi ini? Macam mana kita nak percaya media arus perdana kalau ada mesyuarat macam ini dan konspirasi ini. Rakyat dah bosan dengan taktik taktik kotor.

Wahai Perdana Menteri Putrajaya, tuan tahu tak pasal konspirasi ini? Tuan terlibat kah dalam konspirasi ini? Bukan boleh percaya media arus perdana ini, tuan. Dia akan makan tuannya nanti.

Jadi kawan kawan, jangan percaya langsung berita arus perdana mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Mereka telah diarahkan untuk membohong lebih lagi supaya Anwar Ibrahim tidak berjaya tawan Putrajaya.

Saya tidak kira siapa jadi kerajaan. Tapi saya tidak suka orang bohong. Saya tidak suka Shafee Abdullah dan Jalil Hamid boleh sewenang wenangnya bagitau boss saya apa yang dia patut buat. Ini salah.

Selamat Hari Raya

Wahai kawan kawan.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.